ANAK muda bakal tunjang negara juga termasuk dalam pembentangan Bajet 2023.
Berikutan itu, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa anak muda juga bakal diberi akses pekerjaan sewajarnya.
Beliau berkata, kerajaan akan menyediakan insentif penggajian di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada majikan yang menggaji belia berumur 18 hingga 30 tahun yang menganggur lebih daripada tiga bulan.
Selain itu, insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang mengambil graduan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). – SM