Nasionalpilihan

Insentif bajak, tuai kepada pesawah RM210 se hektar semusim

Kadar insentif pembajakan telah dinaikkan dan insentif penuaian telah diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 27 Mei 2024. Melalui kedua-dua insentif ini, pesawah akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim.

KPKM telah mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim.

KPKM juga turut memperkenalkan insentif baru iaitu insentif penuaian pada kadar RM50 per hektar per musim. Menerusi kenaikan kadar ini, hampir 130,000 orang pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan insentif pembajakan dan insentif penuaian sebanyak RM210 per hektar per musim.

Pada 27 Mei 2024 lalu, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) termasuklah kategori BUDI Agri-Komoditi kepada petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan.

Manakala, KPKM pula melalui siaran medianya pada tarikh yang sama telah memaklumkan bahawa subsidi diesel kepada nelayan dikekalkan dan mengumumkan kenaikan kadar insentif pembajakan serta pengenalan insentif baru penuaian kepada pesawah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button