Nasional

Inisiatif kredit e-tunai RM100 diperinci, dilaksana pada suku keempat tahun ini

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) sedang memperincikan inisiatif kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Kementerian itu menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bantuan e-tunai itu akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini .

Minggu lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat mengumumkan, kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri Anwar juga berkata, inisiatif membabitkan peruntukan kira-kira RM1 bilion itu akan dimanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas merangkumi golongan B40 dan M40.

Beliau berkata, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya. – SM

BACA Bantuan khas RM300 dibayar dua minggu lagi-PM Anwar

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button