Rencah Hidup

Inilah hotel pertama di dunia benarkan durian di makan dalam bilik

JIKA dilihat peraturan-peraturan yang dilarang di hotel mewah, pasti akan terselit larangan untuk membawa durian ke dalam bilik hotel.

Malah, ada juga hotel yang melarang terus durian daripada di bawa masuk hanya kerana baunya yang tidak begitu digemari oleh sesetengah individu terutamanya di warga Eropah.

Namun, terdapat satu hotel di dalam negara iaitu Unicorn Four Seasons Durian Hotel & Cafe yang membenarkan anda menikmati durian sehingga ke dalam bilik.

Malah, hotel ini juga menjanjikan anda untuk menikmati durian setiap masa sepanjang tahun tanpa menunggu musim raja buah itu seperti kebiasaannya.

Pengasasnya, Tan Sri Lee Kim Yew berkata, dia tidak melihat larangan sebagai satu penghalang tetapi adalah sebagai satu cabaran.

“Saya melihat hotel durian ini sebagai sesuatu yang baharu. Lagipun durian sebenarnya adalah satu industri.

“Lagipun, apa yang saya lakukan ini akan membuka peluang yang lebih kepada mereka yang ingin terlibat dengan industri durian dan pengusaha sedia ada,” katanya.

Pengasas Unicorn Four Seasons Durian Hotel & Cafe, Tan Sri Lee Kim Yew

Beliau berkata demikian sewaktu majlis pelancaran hotel tersebut yang turut dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurut Kim Yew, pihaknya juga akan membantu para pengusaha durian dengan membeli buah-buah daripada mereka.

“Kita bukan sahaja beli, tetapi kita juga tubuhkan Durian Farmers Club yang aan membantu dan membimbing pengusaha dan mereka yang berminat untuk menyertai industri durian.

“Kita ada tanah, tetapi tak tahu nak buat apa. Jadi jangan jual, kita tanam pokok durian dan pelabur boleh membeli pokok tersebut.

“Tunggu sehingga beberapa tahun, kita akan mula dapat pulangan kepada semua pihak. Perkara ini yang ingin saya tegaskan menerusi pelancaran hotel ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ronald pula berkata pihaknya sentiasa membuat yang terbaik untuk membangunkan peluang yang ada dalam indutri durian dalam negara.

Tambahnya, kementerian akan sentiasa menggalakkan dan menyokong apa sahaja inisiatif terutamanya daripada sektor swasta yang mempromosikan buah-buahan tempatan seperti durian. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button