‘INI SUARA KITA’ slogan belia untuk kerajaan dengar suara anak muda
PROGRAM Idea Bina Negara (IBN) mengumpul pandangan dan buah fikiran anak-anak muda bawah umur 35 tahun melalui platform digital IBN.
Sebanyak 12 peratus anak muda telah menyuarakan tentang isu politik dengan menyentuh aspek kestabilan, prestasi kerajaan, kualiti dan kematangan pemimpin.
Pedana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Idea Bina 2022 di UITM Shah Alam, Selangor.
Seramai 4,000 anak muda terdiri daripada kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah hadir untuk memberikan sesi dialong bersama-sama dan mengutarakan idea anak muda.
“Saya difahamkan aplikasi ini telah menerima lebih daripada 12,000 idea anak-anak muda seluruh negara.
“Saya amat berbesar hati kerana penyumbang idea terbesar sebanyak 57.9 peratus adalah dalam kalangan belia berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada sesi dialog Idea Bina Negara (IBN) 2022 bertempat di UiTM, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Ismail Sabri berkata, berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi ia akan membantu Kerajaan menyediakan inisiatif dan insentif yang bersesuaian untuk golongan muda.
Secara tidak langsung, melalui program ini kerajaan dapat membantu anak muda membangunkan Malaysia sejajar dengan slogan Keluarga Malaysia.
Bagi golongan usahawan, Kerajaan turut memperkenalkan pelan pembiayaan berjumlah RM150 yang disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank.
Ismail Sabri berkata, Kerajaan turut membantu mahasiswa dari segi pembelajaran dan perbelanjaan golongan pelajar.
“Kerajaan juga telah mengumumkan kenaikan kadar minimum Elaun Sara Hidup (ESH) dari RM650 kepada RM950 sebulan bagi pelajar dalam negara.
“BSH RM1,380 dinaikkan kepada RM7,600 sebulan bagi pelajar luar negara yang mengikuti pengajian pelbagai peringkat dan kursus,” ujar beliau.
Ismail Sabri juga berkata, Kerajaan mengambil inisiatif menyediakan peruntukan sebanyak RM300 juta menerusi Program ePemula iaitu Skim Transaksi Tanpa Tunai.
“Skim ini dimanfaatkan oleh golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya.
Dengan adanya suara anak muda ini, kata Perdana Menteri, kerajaan yakin dapat membangunkan negara pada masa hadapan. – SM