GajetRencah Hidup

Ini perkara yang anda boleh lakukan dengan data tanpa had

DALAM era dunia digital sekarang, mempunyai telefon pintar sudah menjadi sebahagian daripada keperluan dalam hidup.

Apatah lagi penggunaan telefon pintar tidak hanya terhad kepada membantu komunikasi antara dua pihak sahaja.

Sebaliknya, pelbagai urusan dalam kehidupan boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Tetapi kenalah beringat juga, kalau hanya mempunyai telefon pintar tanpa ada data juga pasti akan menyulitkan apa sahaja perkara yang ingin diselesaikan.

Berikut adalah perkara yang boleh dilakukan dengan lancar sekiranya kita mempunyai data tanpa had di dalam telefon pintar.

Berhubung dengan insan tersayang

Kalau dahulu, nak berhubung terutamanya dengan insan tersayang hanya boleh menggunakan suara sahaja. Kalau nak buat panggilan video pula, kena bayar mahal.

Begitu juga dengan panggilan dalam negara ke luar. Bayaran yang dikenakan cukup mahal.

Tetapi dengan era digital sekarang, kita boleh buat panggilan video ke mana-mana negara sekalipun untuk melepaskan kerinduan terhadap yang tersayang.

Apa yang penting ialah data tanpa had supaya panggilan itu tidak terganggu sekaligus memudahkan kita untuk berborak selama mana yang kita inginkan.

Kekal ‘update’ di media sosial

Platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan laman rangkaian sosial yang lain nampaknya sudah menjadi satu platform maklumat rasmi dalam kehidupan.

Kalau tidak semua, pasti satu daripada media sosial itu ada dalam telefon kita dan banyak maklumat yang dikongsikan dalam platform tersebut.

Daripada yang terkini, sehinggalah isu-isu semasa yang tular, kita boleh kekal ‘update’ jika mempunyai data tanpa had di telefon pintar kita.

Lagipun, media sosial juga boleh menjadi platform untuk kita mencari rakan-rakan yang kita terputus hubungan selama ini.

Bila dah berhubung semula, dapatlah kita mengenang semula detik-detik indah satu ketika dahulu!.

Tonton apa sahaja filem yang ada suka

Menerusi data tanpa had, kita boleh menonton apa sahaja rancangan televisyen atau filem mengikut kesesuaian waktu sendiri.

Lagipun sekarang ada pelbagai platform penstriman video sama ada berbayar seperti Netflix ataupun yang percuma seperti YouTube.

Dengan data tanpa had, kita boleh menonton apa sahaja filem tanpa sebarang gangguan data yang sekaligus merencatkan keseronokan tontonan.

Bayangkan kalau kita ajak rakan-rakan untuk tonton filem bersama tetapi tersangkut dek kerana datang yang terhad. Malulah kita sebab terpaksa pula kongsi data rakan tersebut.

Guna peta lokasi

Zaman sekarang ramai sebenarnya yang menggunakan aplikasi peta terutamanya bagi tujuan memudahkan seseorang mencari lokasi tertentu.

Perkara ini bukan sahaja memudahkan, tetapi juga menjimatkan masa seseorang daripada tercari-cari lokasi yang ingin dituju.

Kadang-kadang bila ada insan tersayang kita berada dalam situasi kecemasan, semestinya menghantar peta lokasi adalah sesuatu yang sangat mudah dan cepat.

Begitu juga kalau lokasi tersebut adalah asing bagi seseorang, peta lokasi memudahkan kita untuk mencari restoran atau mesin bank untuk mengeluarkan wang.

Cuba bayangkan kalau kita tiada data dalam telefon, perkara yang hanya mengambil masa tak sampai seminit mungkin boleh jadi hingga satu jam.

Buat transaksi kewangan atas talian

Dengan kemajuan teknologi sekarang, banyak syarikat yang sudah mula membuka laluan untuk kewangan atas talian.

Tidak perlu lagi seseorang itu pergi ke bank dan beratur untuk membuat urusan kewangan. Sekarang di atas katil pun kita boleh selesaikan.

Malah, pembelian di kedai runcit dan warung tepi jalan juga sebenarnya sudah mula menggunakan kewangan atas talian.

Hanya perlu imbas dan bayar menggunakan aplikasi tertentu. Tetapi kena ingat, perlu ada data tanpa had supaya semua urusan berjalan lancar.

Kekal kecergasan fizikal

Dalam dunia yang terlalu sibuk sekarang, kadang-kadang kita terlupa untuk melakukan senaman dan aktiviti kecergasan badan.

Jangan risau, sebenarnya rutin harian yang kita lakukan seperti berjalan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada aktiviti yang mencergaskan badan.

Sekarang pun ada aplikasi yang memudahkan untuk kita memantau dan membantu kita untuk kekal sihat dengan beberapa senaman mudah yang boleh dilakukan ketika hendak ke pejabat.

Semuanya akan direkodkan dan kita sendiri boleh tahu berapa kalori yang dibakar, kadar degupan jantung dan sebagainya.

Rakam detik-detik penting

Seluruh dunia sekarang berdepan dengan pandemik Covid-19 dan masih banyak negara yang terpaksa menutup pintu sempadan mereka bagi mengelak penularan wabak tersebut.

Bayangkan kalau kita tiada data, bagaimana kita ingin kongsikan momen indah seperti pernikahan atau sebagainya terhadap ahli keluarga yang berada di luar negara.

Dengan data tanpa had, kita boleh menyaksikan majlis tersebut tanpa gangguan dan dapat bersama-sama meraikan orang yang tersayang.

Bekerja dari rumah

Ramai yang paranoid bila bercakap mengenai Covid-19 dan sebagai langkah berjaga-jaga, ada beberapa syarikat mula melaksanakan kerja dari rumah.

Menerusi data tanpa had, kita sebenarnya boleh melakukan apa sahaja kerja di rumah dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Sama ada menghantar e-mel atau melakukan mesyuarat secara panggilan video, semuanya boleh berjalan dengan baik dan yang penting ialah kerja dapat diselesaikan tepat pada waktunya.

 

Data tanpa had Halo Telco

Bayangkan kalau kita tiada data atau mempunyai data yang terhad, pastinya semua urusan kita seperti di atas akan terganggu.

Ada yang kata data tanpa had sebenarnya mahal. Tetapi tahukah anda yang sebenarnya Halo Telco memberikan pakej data tanpa had dengan harga yang cukup murah.

Hanya dengan RM48, anda boleh memiliki data tanpa had, panggilan tanpa had dan menariknya, tiada pecahan data sama ada hari biasa atau hujung minggu. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button