Politik

Terima kasih sokong Muhyiddin sebagai PM – Hamzah

PERIKATAN Nasional merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan tertinggi dan ahli parlimen parti komponen PN yang menzahirkan sokongan padu terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, PN turut mengucapkan terima kasi kepada pimpinan tertinggi dan ahli Parliman rakan kongsi dari Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang turut menzahirkan sokongan padu terhadap Muhyiddin.

Menurut Hamzah, sokongan tersebut melambangkan bahawa semua parti politik yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional adalah bersama dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19.

Sokongan itu juga merupakan lambang kerjasama dalam PN untuk menghadapi cabaran ekonomi ketika ini sekaligus menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Tatkala penularan wabak COVID-19 ini masih berleluasa di seluruh dunia, kerajaan Perikatan Nasional memberikan tumpuan penuh untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik dan menawarkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyat.

“Perikatan Nasional menyeru kepada semua rakyat untuk terus bersatu hati dan mematuhi SOP penjagaan kesihatan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi bersama-sama mengulangi kejayaan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,” kata Hamzah dalam satu kenyataan hari ini.

Penghargaan itu dibuat ketika Anwar akan mengadap Yang di-Pertuan Agong tidak sampai 24 jam lagi bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk mengambil alih kerajaan daripada Muhyiddin.

Pada 23 September lalu, Anwar mengadakan sidang media untuk mengatakan bahawa dia mempunyai “majoriti kuat, hebat dan meyakinkan” di Parlimen untuk membentuk pemerintahan baru.

Dia turut berkata telah diperkenan untuk mengadap Al-Sultan Abdullah pada hari sebelumnya tetapi ia terpaksa ditangguhkan susulan kegeringan baginda.

Esok merupakan hari yang ditunggu oleh banyak pihak sama ada apa yang didakwa oleh Anwar itu benar atau tidak.-SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button