Jenayah

Ingkar PKPB: 46 individu kena kompaun RM1,000

PERGI untuk berhibur akhirnya lebur RM1,000.

Begitulah nasib yang menimpa 46 individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul di sebuah pusat hiburan di Dataran Sunway, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.45 malam itu, sebanyak 58 orang termasuk 17 wanita yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 19 ke 61 tahun di dapati berada dalam premis tersebut secara serentak atau dalam satu masa.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd. Faisal, seorang lelaki tempatan turut ditahan kerana disyaki menggaji pekerja tanpa permit kerja yang sah.

“Lapan warganegara asing berusia dalam lingkungan 21 sehingga 36 tahun pula ditahan kerana melanggar syarat visa lawatan dengan bekerja sebagai pelayan di premis tersebut.

“Manakala 46 orang termasuk 15 wanita tempatan pula yang disyaki pelanggan, telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar arahan PKPB,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kesemua warganegara asing telah ditahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/633 Dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button