Jenayah

SPRM nafi dakwaan pembantu Syed Saddiq, Siti Nurul Hidayah

Laporan polis dibuat oleh SPRM terhadap dakwaan penama

DAKWAAN pembantu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Siti Nurul Hidayah yang menuduh Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengherdik, mengugut dan memaksanya memberi keterangan dalam keadaan berdiri sebelah kaki dan angkat kedua tangan ke atas, dinafikan sekeras-kerasnya oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali.

Dakwaan yang dibuat oleh pembantu bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang sebelum ini iaitu di awal Syed Saddiq menjawat jawatan sebagai Menteri, pernah ‘melukakan’ hati kalangan wartawan yang dilihat tidak mempunyai ‘PR dalam dirinya’, tular di media sosial.

Norazlan menegaskan, pihaknya menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh Siti Nurul Hidayah yang diperlakukan sedemikian untuk memberi keterangan sebagaimana dinyatakan dalam video berkenaan.

“SPRM tidak akan bertolak ansur atau takut dengan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak kerana agensi itu mempunyai bukti bahawa tohmahan tersebut adalah tidak benar.

“Dakwaan yang mengatakan beliau telah dikerumuni empat atau lima orang pegawai lelaki dan diugut adalah rekaannya semata-mata.

“Sebaliknya sepanjang masa proses rakaman pernyataan dibuat, dia (Siti Nurul Hidayah) telah ditemani oleh dua pegawai wanita.

“Kehadiran dia adalah secara sukarela sebagai antara saksi utama yang telah memberikan keterangan-keterangan penting dalam membantu SPRM menyiasat kes ini,” katanya kepada BERNAMA.

https://suaramerdeka.com.my/pembantu-syed-saddiq-dakwa-pegawai-sprm-suruh-berdiri-satu-kaki/?fbclid=IwAR0mJXJy85KbuMSkwjksVAUZNx02qtaNtmlV6fMMI2E46wfpP_oNakKxn2Y

Norazlan berkata, SPRM akan membuat satu laporan polis berhubung tohmahan itu sekali gus meminta pihak polis menyiasat perkara tersebut setelus-telusnya.

“SPRM bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam perkara ini,” katanya.

Semalam, Siti Nurul Hidayah yang merupakan Setiausaha Kehormat sebuah kelab pertubuhan belia mengeluarkan kenyataan diperlakukan sedemikian oleh SPRM dalam satu rakaman video yang disiarkan di sebuah portal tempatan. – BERNAMA

(Visited 1,401 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button