NasionalPolitik

Ingatan terbaik buat Abah Din

ANALISIS Oleh Anak Permatang Padi

SIDANG media Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tidak mengejutkan. Ketika Kabinet bermesyuarat, ‘bakal PM’ beberapa kali ini berkata, dia sudah ada ‘numbers” untuk tubuh kerajaan. Ramai peminat judi menunggu nombor itu. Tapi tak kesampaian. Ramai juga yang tak heran.

Bak kata calon Warisan, Din Ketapi, ia hanya sandiwara ayam dan anjing. Ia adalah konspirasi tertinggi untuk ‘memanangkan’ (menangkan) calon PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini (Sabtu). PKR yang dah tak laku di Sabah.

Anwar dikatakan selalu meroyan pada bulan September dan ada pihak menyatakan, sidang media kali ini untuk mengingatkan Perdana Menteri (PM) atau nama popular sekarang, Abah Din.

Ia satu ingatan kepada Abah Din – jangan lupa asal usulnya terutama kawan-kawan yang telah menobatkannya menjadi PM. Ini termasuk sokongan Bossku yang kini terus dianiaya tanpa pembelaan Abah Din atau nama manjanya, Midin atau Abang M.

Namun kenyataan Zahid Hamidi selepas sidang media Anwar atau Bang Non lebih menarik. Zahid berkata, dia tidak mampu untuk halang ahli Parlimen sokong Anwar.

Related Articles

Bagaimanapun, Zahid tidakpun kata, dirinya menyokong Bang Non. Dia cuma kata, dia tidak halang MP UMNO dan BN sokong Anwar. Ambekkau Abah Din!

Apa maksudnya? Berdasarkan kenyataan media Presiden UMNO semenjak PN ditubuhkan, nampaknya Pak Zahid konsisten dalam pendiriannya bahawa sokongan UMNO dan BN terhadap PN adalah sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO terhadap Abah Din sebagai PM untuk membentuk kerajaannya yakni bukannya sokongan atau pendirian rasmi parti UMNO atau BN terhadap Abah Din.

Ada pihak berpendapat bahawa dari segi undang-undang ternyata UMNO/BN bukan sebahagian dari kerajaan seperti mana parti Pas.

Justeru kenyataan Tok Mat Hassan yang selalunya entah apa-apa dan juga kenyataan media oleh Anuar Musa bahawa UMNO dan BN menyokong kerajaan adalah sesuatu yang agak pelik yang bercanggah dengan fakta dan undang-undang.

Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan fakta bahawa UMNO/BN sendiri secara terang-terangan telah meminta supaya Parlimen dibubarkan TANPA TERLEBIH DAHULU mendapat persetujuan daripada kerajaan Abah Din.

Ada pemerhati politik berpandangan, biarpun ada yang melihat Pak Zahid seolah-olah gagal mengawal MP UMNO dan menuduhnya lemah tetapi diteliti dengan lebih mendalam, kenyataannya dilihat membela dan mengembalikan maruah UMNO/BN. Ini semua orang kena faham dan hayati.

Hakikatnya yang ramai tidak tahu, UMNO/BN terus ditekan BERSATU yang memegang kuasa dalam Kerajaan PN. Apa yang berlaku di Sabah boleh dijadikan ukuran. PPBM mahu berkuasa, mereka tiada satupun kerusi menang di Sabah tetapi mahu letakkan dirinya lebih dari UMNO BN. Pengumuman nama Ketua Menteri (KM) pun dikatakan akan ‘membunuh’ kerjaya politik Hajiji.

Bagaimana boleh ada calon bebas mesra Perikatan Nasional?

Jika ini keadaannya, mungkin itu juga akan berlaku di Semenanjung. Lantas itu, kenyataan Zahid Hamidi adalah amaran kepada PPBM dan juga Pas, UMNO boleh lakukan apa saja demi maruahnya.

Mustahil Zahid Hamidi tidak boleh mengawal MP UMNO/BN. Namun cuba kita fikir. Mungkinkah itu juga strategi untuk menyedarkan Abah Din, Hadi bahawa jangan permainkan dan cuba memperkecilkan UMNO/BN dan mendesak agar serah semula mandat kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan.

Bagi banyak pihak, mereka menyifatkan Zahid Hamidi bukan calang-calang pemimpin. Beliau sudah matang dan biasa menghadapi cabaran dan ujian dalam pelbagai rupa.

Pak Zahid adalah pemimpin akar umbi dan sudah melalui dua episod yang tidak ramai pemimpin menghadapinya. Satu ditahan di bawah ISA ketika pemerintahan Atoq dan satu lagi, dikenakan pendakwaan politik atas sifatnya memperjuangkan agama dan kebajikan rakyat. Semoga rakyat Abah Din buka mata.

Itulah citer Bang Non dalam sidang media nak menghadap Tuanku DYMM Agong, sikap Abah Din tak ingat nak bantu memperjuangkan kawan-kawan dan Pak Zahid yang konsisten dalam perjuangannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button