Agama

Ingat Asal Usul Kejadian Manusia, InsyaAllah Rohani Akan Tenang Dan Tak Mudah Melatah!

Kita semakin berada di penghujung zaman dan Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Islam akan kembali terasing pada dalam kalangan umat yang dicipta.

Dalam erti kata lain, sesiapa yang berjaya lari daripada sistem ciptaan manusia dan hidup terasing demi Allah SWT, mereka adalah golongan beruntung.

Sehubungan itu sebagai umat Islam, kita seharusnya sedar bahawa tubuh yang dimiliki ini adalah asbab dan pinjaman sahaja untuk beribadah kepada Allah SWT.

Namun malangnya, kesedaran ini seakan-akan hilang di fikiran umat manusia hari ini apabila masing-masing berkata takut untuk mati dan meninggal dunia.

Mengapa? Adakah kerana rasa cinta dunia mengatasi segala-galanya atau kita terlupa untuk mengajar orang terdekat bahawa akhirat itu lebih tenang?

Tenang bagi orang yang melepasi ujian hidup dan beramal di dunia yang sementara ini sebelum layak untuk dipilih masuk ke syurga atau neraka.

Hidup satu ujian dan berserahlah kepada Allah SWT untuk segala hal yang terjadi kerana Allah SWT tidak akan turunkan ujian kepada hambanya yang tidak mampu!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button