Kesihatan

Indonesia ambil langkah drastik tangani omicron, Malaysia bagaimana?

Indonesia melaksanakan kuarantin di rumah selama lima hari kepada individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 tanpa gejala.

Langkah itu adalah bagi mengekang penularan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit, tanpa sebarang gejala.

Ia juga bertujuan mengurangkan tekanan ke atas sistem penjagaan kesihatan negara dan membantu pihak kesihatan untuk fokus menangani pesakit bergejala berat atau pesakit lain yang memerlukan layanan intensif.

“Tidak semua kes omicron memerlukan layanan langsung di pusat kesihatan dan hospital kerana gejalanya tidak membahayakan,” kata Presiden Jokowi dalam sidang media maya.

Jokowi, mengingatkan individu berkaitan wajib meminimakan kontak untuk mencegah penyebaran yang lebih luas.

“Sekiranya ada gejala demam dan batuk, gunakan khidmat teleperubatan di aplikasi kesihatan atau berjumpa doktor terdekat,” katanya lapor Bernama.

Menurut Jokowi, Indonesia sedang mengalami lonjakkan gelombang kes COVID-19 terutamanya varian Omicron sejak awal bulan yang dijangka terus meningkat untuk beberapa minggu akan datang.

Sehingga Khamis, Indonesia melaporkan 8,077 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah jangkitan kes meningkat kepada 4,309,270.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button