Hiburan

Imuda kini bergelar Datuk

PELAKON yang popular menerusi sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, A. Rahim Muda atau lebih mesra disapa Imuda kini gelaran Datuk dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormat Negeri Sempena Hari Ulang Tahun ke-75 yang dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Dewan Sri Pinang.

Menurutnya anugerah yang diterima itu adalah suatu penghargaan dan penghormatan kepada seluruh anak seni dan anak jati Pulau Pinang.

“Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga buat seluruh anak seni yang lain di negeri Pulau Pinang,” katanya.

Imuda yang kini sedang berkhidmat sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) jelasnya lagi anugerah ini juga satu peluang yang baik untuk dalam dunia seni.

“Tidak dinafikan bahawa di Pulau Pinang juga ada peluang-peluang yang baik untuk anak seni berkarya namun masih banyak ruang penambahbaikan boleh dilakukan.

“Masih banyak syarikat penerbitan perlu diwujudkan di negeri Pulau Pinang bagi membuka ruang kepada pengembangan kesenian terutamanya dalam seni kreatif.

“Namun sekiranya mereka (anak seni) mahu berkembang dan berkecimpung dalam dunia seni dengan lebih serius, maka mereka perlu berani untuk berhijrah terutamanya ke ibu kota yang terkenal dengan pusat seni kreatif,” katanya.

Untuk info, Imuda merupakan antara 103 penerima menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Turut membintangi beberapa buah filem, antaranya Balik Kampung, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal, Mat Som (diadaptasikan daripada karya Lat), Mat Gelap, Imigran dan Jutawan Fakir.

Artikle Berkaitan :>

Teater Madu 3 Madu tampil kelainan pementasan di Hotel dihidang makanan!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button