Mahkamah

Imam berhadapan 12 pertuduhan rogol, amang seksual terhadap adik ipar

Siapa sangka seorang imam di Taman Seri Kerayong, Jasin berhadapan 12 pertuduhan seksual yang dilakukannya terhadap adik iparnya sejak berusia sembilan sehingga 14 tahun.

Bagaimanapun, imam berusia 40 tahun itu dan mempunyai empat orang anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 12 pertuduhan tersebut.

Dia membuat pengakuan tersebut sewaktu jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa merogol, melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa berusia sembilan
tahun di sebuah rumah di Taman Seri Kerayong, Jasin.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 3 pagi antara awal September hingga pertengahan September 2017.

Bagi pertuduhan keempat hingga ketujuh, tertuduh didakwa merogol, melakukan amang seksual dan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan terhadap mangsa sama antara pukul 4.30

petang awal Mac 2019 hingga pukul 9.30 pagi awal September 2019 di alamat sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) dan Seksyen 27(1)
akta sama.

Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun namun tidak melebihi 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Sabit kesalahan, Seksyen 377C Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara lima tahun hingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh juga turut didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap mangsa sama bagi pertuduhan ke lapan hingga ke-12 di sebuah rumah beralamat di Jalan Simpang Badak, Jasin, antara
jam 2.30 pagi 12 Julai 2021 hingga 13 Jun lalu.

Bagi kesemua pertuduhan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Anis Najwa Nazari dalam prosiding berasingan.

Mereka turut memohon mahkamah tidak mengenakan jaminan terhadap tertuduh namun mencadangkan jaminan RM120,000 bagi kesemua 12 pertuduhan selain syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai dibicarakan.

Tertuduh diwakili peguamnya, Andrew Lourdes merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai empat anak berusia antara tiga hingga 16 tahun masih bersekolah selain hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai penjawat awam manakala isteri tidak bekerja.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM79,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Oktober ini untuk tarikh sebutan semula kes tersebut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button