Hiburan

Ibu Tangmo, Panida dicop mata duitan dijanjikan pampasan 30 juta Bath

TANGGAL 7 Julai 2015, Bangkok Post pernah melaporkan, aktres Thailand, Nida Tangmo Patcharaveerapong pernah cuba membunuh diri ekoran masalah percintaan.

Tangmo, 37, dalam satu sidang media di hadapan wartawan tempatan, menangis dan mengaku menelan pil tidur secara berlebihan.

MENDIANG Tangmo Nida, kematiannya masih disiasat oleh pihak polis Thailand.

Kematian Tangmo baru-baru ini diklasifikasikan oleh pihak polis Thailand sebagai satu kemalangan.

Bagaimanapun, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan dan mengumpul segala bukti yang berkaitan dengan kematian aktres TV popular Thailand itu.

Pada hari kejadian malang, Tangmo dikatakan menaiki sebuah bot laju (speedboat) bersama Pembantu Peribadinya, Kartik dan empat rakan yang lain menyelusuri Sungai Cho Praya di Wilayah Nonthaburi.

Tangmo dikatakan telah terjatuh dari bot laju tersebut yang lesen operasinya telah tamat tempoh.

Mayat Tangmo ditemukan terapung dua hari selepas kejadian iaitu kira-kira 300 meter dari Jeti Pibulsongkram.

Dalam satu wawancara televisyen progam Hone Krasae Channel 3, ibu Tangmo, Panida Sirayutthayothin berkata, beliau telahpun memaafkan pemilik bot laju yang dinaiki anaknya.

Beliau turut memaafkan Tanupat Por Lerttaweewit, pemandu bos laju dan seorang teman mendiang Tangmo, Phaiboon Robert Trikanjananun.

Kata Panida, pemilik bot laju, Tanupat sangat bertimbang rasa dan setiap hari, dia menghubungi Panida untuk meminta maaf sejak kemalangan menimpa Tangmo.

Pemilik bot tersebut, Tanupat Lerttaweewit didakwa terlibat sama dalam kes kematian Tangmo selepas dia dikatakan telah menawarkan 30 juta Bath kepada ibu Tangmo sebagai gantirugi.

Panida menerima wang tersebut dan netizen mengutuk ibu Tangmo yang dianggap sebagai mata duitan.

“Katakanlah Tangmo memperoleh pendapatan 1 juta Bath hasil daripada lakonannya dalam drama rantaian televisyen .

“Kalau Tangmo hidup 30 tahun lagi, bolehlah dikira samala sahaja pendapatan terkumpul 30 juta Bath.

“Jumlah ini tidak termasuk kehilangan pendapatan Tangmo dari sesi fotografi sebagai seorang model,” kata Panida.

Pemberian maaf yang diberikannya, ujar Panida, tidak berdasarkan kepada pampasan yang dijanjikan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button