Rencah Hidup

Ibu ini hampir pengsan selepas anak beri rumah mewah ganti rumah bersaiz 400 kaki persegi

SEORANG ibu hampir pengsan selepas anaknya menghadiahkan sebuah rumah mewah bagi menggantikan rumah bersaiz 400 kaki persegi yang didiaminya di Sentul, Kuala Lumpur.

Situasi itu langsung tidak dijangkan oleh pengasas produk Seri Lady, Juzailah Shariff yang pada mulanya ingin membuat kejutan kepada ibunya.

Namun, kejutan yang sepatutnya menggembirakan itu bertukar menjadi cemas apabila ibu Juzailah hampir rebah ekoran rasa terharu terhadap hadiah daripada anak-anaknya.

“Niat kita memang nak buat kejutan tetapi jangka pula yang ummi terkejut sampai hampir nak rebah.

“Tambah pula Ummi mempunyai sakit jantung, jantung pun pakai bateri dan darah tinggi. Itu yang buat kami risau

“Mujur bila dah petang itu, keadaan ummi menjadi stabil dan kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Juzailah memberitahu dia bersyukur kerana penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat membelikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah sekarang.

“Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah,” katanya.

Menurut Juzailah, rumah di Flat Bandaraya Sri Perak Sentul itu adalah tempat di mana dia dibesarkan oleh ibunya yang juga seorang ibu tunggal bersama tiga lagi adik beradik yang lain.

Jelasnya, ummi juga bersyukur sangat kerana dapat menumpang hidup di rumah yang lebih selesa.

“Ummi cakap, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk di flat sebab ramai kawan-kawan, senang nak gi terawih dan mengaji.

“Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah itu terlalu banyak memori dan kenangan.

“Cuma skrg ummi dah berusia dan kesihatan tak seberapa. Jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dengan kami dan menjalani kehidupan bersama-sama selepas ini,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button