Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan semasa prosiding di mahkamah
IBU-bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan kelihatan tertekan semasa prosiding mahkamah dilakukan di Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi serta berulang kali menegaskan pembunuh sebenar berada di luar.
Menurut peguamnya, llyani Khuszairy, kedua ibu bapanya sedang berada dalam keadaan sihat namun masih terkejut semasa tujuh hari reman ini.
‘’Kedua-dua pihak (ibu bapa Zayn) berada dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan, dapat tengok muka dia, menangis ketika bertanya-tanya soalan dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya ada di luar.
“Mereka dalam tekanan dan berharap supaya kes ini dapat diselesaikan secara baik dan siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil, keadilan terhadap arwah anak mereka dapat dicapai,” katanya ditemui di pekarangan mahkamah, hari ini.
Ilyani berkata, surat juga sudah dihantar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berjumpa ibu bapa Zayn Rayyan namun belum dapat jawapan.
“Mak Zayn Rayyan sihat, cuma sama juga sangat tertekan dan sedih, cakap pun tak banyak, mungkin masih lagi dalam keadaan terkejut dan tertekan semasa berada dalam tujuh hari reman,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili mereka, Fahmi Abd Moin berkata, kedua-dua anak guamnya tetap memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes itu dan mencari keadilan untuk anak mereka.
“Buat masa ini tiada lagi permohonan untuk pemeriksaan psikologi, pihak kami juga memohon kepada pihak mahkamah tadi untuk berjumpa dengan anak guam ketika dalam reman enam hari,” katanya.
Bagi Datuk kepada Zayn pula iaitu Zahari Mohd Reba turut menuntut keadilan buat ibu bapanya dan menegaskan bahawa mereka adalah ibu bapa yang baik
Pada masa kejadian (sepanjang siasatan kes itu), dia (bapa Zayn Rayyan) berada dengan saya. Saya mahukan keadilan,” katanya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Ditanya dakwaan ibu bapa Zayn Rayyan dianiaya, Zahari enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada peguam.
“Dari mula lagi saya percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan dengan telus,” katanya.
Nenek Zayn yang enggan dikenali pula menegaskan pasangan suami isteri itu adalah ibu bapa yang sangat baik.
“Sekarang kita mahu fokus keadilan untuk Zayn Rayyan dan ibu bapanya,” katanya.
kreadit: Berita Harian
Artikle Berkaitan :>