Jenayah

Ibu bapa cam mayat pelajar mati dibunuh di Taiwan

IBU bapa pelajar Malaysia berusia 24 tahun yang dibunuh minggu lalu di Taiwan kini berada di Kaohsiung pagi tadi untuk proses mengecam mayat, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan ( CNA).

BERNAMA melaporkan, pasangan itu tiba di bilik mayat Kaohsiung kira-kira pukul 1.30 pagi dan kemudian menerima sijil kematian anak perempuan mereka untuk urusan pengebumian.

Mayat anak perempuan mereka, seorang pelajar universiti di Tainan, ditemukan pada 29 Oktober lalu di daerah Alian di Kaohsiung selepas pihak universiti melaporkan mengenai kehilangannya sehari sebelum itu

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa kali terakhir dilihat pada 28 Oktober lalu berjalan sendirian dekat dengan tol di daerah Gueiren, Tainan.

Berikutan kes itu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang mengaku mencekik pelajar terbabit sebelum mencampak mayat mangsa di pergunungan Kaohsiung.

Ibu bapa mangsa berlepas ke Taiwan dari Kuala Lumpur pada pukul 8 malam Ahad lalu (kelmarin) dan menjalani saringan Covid-19 semasa tiba di sana dan turut diiringi pegawai pendakwa Kaohsiung semasa menuju ke bilik mayat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button