Jenayah

Hukuman penjara 30 tahun ke atas guru rogol remaja 12 tahun

PETALING JAYA: Seorang bekas guru diperintahkan menjalani hukuman penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan merogol seorang pelajar berusia 12 tahun di sebuah chalet di Papar, Sabah.

Guru sekolah rendah itu telah disabitkan pada 2017 kerana merogol kanak-kanak itu empat kali pada Ogos dan Oktober 2014.

Panel tiga hakim, diketuai Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, turut mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi terhadap Zalani Amit, 58, yang dikenakan dua sebatan, lapor Kosmo.

Zalani telah disabitkan dengan jenayah yang dilakukannya lapan tahun lalu.

Karim, bersama Abu Bakar Jais dan Supang Lian sebulat suara menolak rayuan Zalani atas alasan Mahkamah Tinggi tidak tersilap dalam penghakimannya.

Pada 2019, dilaporkan bahawa Mahkamah Tinggi di Sabah mengurangkan hukuman penjara Zalani selepas menggugurkan dua daripada empat sabitan rogol.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button