BanjirNasional

Musibah 12 jam bencana banjir

SEBULAN punya hujan turun dalam 12 jam. Itulah yang membuatkan Selangor banjir. Penduduk negeri Selangor ramai dan apa yang berlaku di negeri itu, adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka kerana selama ini, Selangor menghulurkan bantuan kepada negeri-negeri yang dilanda banjir.

Itu kata-kata Ketua Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohammad Hamdan Wahid dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, pihak bomba sentiasa bersiap siaga bagi membantu mangsa-mangsa banjir cuma bantuan yang masuk ke kawasan-kawasan banjir perlu tunggu cahaya siang.

Sementara itu, dalam bebenang Twiter LPT dilaporkan pagi tadi, sekitar KM126 jalan Temerloh-Chenor trend air menurun.

Ramai yang bertanya, adakah LPTT Terengganu menghala Kuala Lumpur sudah boleh digunakan.

Soalan tersebut disambut dengan jawapan, “kena ikut jalan kampung. Jalan Jerantut keluar ke Raub dan terus ke Kuala Lumpur mengikut CSR.”

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Datuk  Acryl Sani Abdullah Sani tidak menafikan pada peringkat awalnya koordinasi  semua agensi memang perlahan apabila banjir berlaku di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Beliau mengakui, tindakan emuia agensi digerakkan dan dikoordinasikan selepas hari kedua banjir berlaku.

“Saya lihat insiden berlaku di Taman Sri Muda ini khususnya kita dapati koordinasi semua agensi memang pada awalnya agak perlahan.

“Tetapi selepas hari kedua kita telah menggerakkan dan mengkoordinasi semua tindakan daripada semua agensi,” katanya.

Jelas beliau, ketika itu banjir masih di paras bahaya dan walaupun peringkat awal agak perhalan tetapi apabila keadaan mangsa meningkat, ditingkatkan keupayaan menyelamat yang melibatkan semua agensi termasuk menghantar bekalan makanan.

Katanya, pihak polis menghadapi cabaran besar membantu mangsa banjir di Shah Alam disebabkan kawasan itu padat dengan penduduk. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button