Nasional

Hubungan kesepakatan Malaysia-Iran tingkatkan empat bidang khususnya ekonomi

KERAJAAN Perpaduan di bawah Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim jelas memperlihatkan hubungan Malaysia dengan Iran dipertigkatkan lagi  sekurang-kurangnya dalam empat bidang yang memberi manfaat dua hala.

Kesepakatan Malaysia dengan Iran khususnya dalam bidang ekonomi, Pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi selain meneroka potensi kerjasama baharu dizahirkan menerusi perbualan Perdana Menteri Anwar dengan  Presiden Republik Islam Iran, Seyed Ebrahim Raisi.

“Semalam saya telah berinteraksi dengan Presiden Republik Islam Iran, TYT Seyed Ebrahim Raisi melalui perbualan telefon.

“Alhamdulillah, dalam perbualan singkat tersebut, kami senada dan sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook.

Anwar berkata, ia rentetan kunjungan hormat Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zamby Abdul Kadir ke atas Seyed Ebrahim di Tehran.

Seleras persefahaman itu, mereka bersetuju supaya dua jawatankuasa bersama sedia ada iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (Joint Commission Meeting) dan Suruhanjaya Ekonomi Bersama (Joint Economic Commission) mengadakan pertemuan dengan kadar segera, katanya.

“Ke arah ini kami berdua turut bersetuju supaya dua jawatankuasa bersama sedia ada iaitu Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (Joint Commission Meeting) dan Suruhanjaya Ekonomi Bersama (Joint Economic Commission) mengadakan pertemuan dengan kadar segera.

“Dengan pertemuan itu nanti dapatlah dihalusi kesemua potensi skop kerjasama di antara kedua-dua negara demi kebaikan bersama,” katanya lagi. – SM

BACA Duta Besar Iran kagum transformasi Kampung Nelayan Kuala Perlis

BACA Wujudkan lebih banyak jaringan kerjasama Iran-Malaysia termasuk Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button