Sukan

HSN Perlis disambut meriah

Hari Sukan Negara (HSN) tahun ini terus disambut dengan begitu meriah sekali di Perlis dalam pelbagai jenis sukan termasuklah woodball dan juga golf yang dijayakan dengan kemuncaknya bermula 8 sehingga 10 Oktober 2021 mengikut SOP ketat yang dibenarkan.

Sukan woodball terus disemarakkan sempena sambutan HSN kali ini apabila kesemua 8 buah gelanggang yang terdapat di negeri ini dimainkan sepanjang 3 hari ini oleh pelbagai agensi, individu dan kumpulan tertentu dengan sokongan melalui Persatuan Woodball Negeri Perlis (PWNPs).

Kesemua 8 buah gelanggang di seluruh negeri Perlis tersebut adalah di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis Arau, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra, Kolej Matrikulasi Perlis Arau, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis Padang Behor, Dataran Dato’ Sheikh Ahmad MPK Kangar, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Padang Behor dan K3 Hill Rejimen 504 Askar Wataniah di Bukit Keteri.

Pelbagai pertandingan dalaman jabatan dan riadah santai dimainkan oleh setiap jabatan yang merupakan pemilik gelanggang termasuk penglibatan jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Giat MARA.

Kelab-kelab persendirian seperti ‘Arau Woodball Club’ dan ‘Woodpecker Team’ juga turut membawa individu lain yang bukan di bawah jabatan untuk turut menyertai agenda Hari Sukan Negara melalui sukan woodball ini.

Sementara itu, bagi sukan golf pula, Kelab Golf Putra (KGP) Perlis tidak ketinggalan memainkan peranannya mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara dengan menganjurkan acara ‘Golf Santai’ di Sungai Batu Pahat. KGP menawarkan harga ‘RM50 twin-sharing’ pada kedua-dua tarikh tersebut dengan syarat ‘Tee off bermula sebelum jam 9 pagi’ dan ‘First Come First Serve’. Para peserta dibenarkan bermain mengikut flight masing-masing dengan harga tidak termasuk insuransi harian sebanyak RM3 seorang. Buggies adalah terhad kepada 9 ‘flights’ sahaja bagi memastikan supaya segala SOP ditetapkan dapat dipatuhi semua dengan sebaik mungkin. Cabutan Bertuah juga disediakan oleh pihak penganjur semasa penyerahan ‘Score Cards’ para peserta. Pada semalam 25 buah buggies digunakan pada sebelah pagi dan 18 di sebelah petang manakala pagi tadi pula 20 buggies digunakan.

Selain daripada itu beberapa agensi turut menganjurkan aktiviti masing-masing seperti Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis – Senamrobik dan pelbagai jenis sukan, Rejimen 504 Askar Wataniah – senaman, MADA – Kayuhan basikal, TNB – larian, UniMAP – senamrobik, MAIPs pelbagai jenis sukan dan RISDA – mendaki bukit.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button