Luar Negara

Houthi Yaman tawar bebas 200 banduan sebelum Aidilfitri

SEKUTU Iran, Pergerakan Houthi membuat tawaran baharu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk pembebasan 200 banduan daripada setiap pihak yang bertelagah di Yaman sebelum Aidilfitri

Ketua Houthis. jawatankuasa hal ehwal banduan, Abdul Qader al-Murtada, tawaran baharu berkenaan adalah untuk penangguhan pelaksanaan perjanjian pertukaran tahanan.

Bagaimanapun mereka masih lagi menunggu maklum balas pakatan pimpinan Arab Saudi, yang diharapkan akan positif.

Bulan lalu, pihak Yaman yang bertelagah membincangkan kemungkinan pertukaran banduan yang boleh menyaksikan ratusan tahanan dibebaskan, termasuk 16 warga Saudi dan abang kepada bekas Presiden Yaman Abd-Rabbu Mansour Hadi, tetapi tiada persetujuan muktamad dicapai sejak itu.

Murtada berkata bahawa perjanjian itu, di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, boleh membebaskan 1,400 tahanan Houthi sebagai balasan kepada 823 banduan gabungan, termasuk 16 warga Saudi dan tiga tahanan Sudan.

Awal bulan ini, pihak yang bertelagah dalam konflik tujuh tahun Yaman bersetuju dengan gencatan senjata di seluruh negara buat kali pertama dalam beberapa tahun, di bawah perjanjian yang diuruskan oleh PBB. – REUTERS – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button