Hotel Santa Grand Signature menyediakan menu Baba Nyonya
Pusat penginapan, Hotel Santa Grand Signature yang terletak di tengah Bandar Kuala Lumpur menyediakan hidangan ala Baba Nyonya yang memikat hati para pengunjung untuk menikmati makanan tradisi tersebut.
Hotel yang baru beroperasi selama setahun ini berkonsepkan keturunan unik, sudah tentu menarik perhatian serta pengalaman dari pengunjung luar negara mempamerkan konsep dekorasi berkonsepkan Baba Nyonya.
Antara makanan tradisi yang di sediakan oleh hotel tersebut seperti Laksa, peranakan, mi kari laksa, kuih udang, buah Melaka, kuih koci, kuih lapis, asam laksa serta buah-buahan.
Namun antara menu yang paling mendapat sambutan adalah Laksa Peranakan iaitu gabungan lemak dan masam pedas.
Laksa ini menggunakan kuah lemak kuning dengan isi ikan yang banyak untuk melekatkan dengan perahan limau, udang galah, kacang pajang, telur rebus dan bahan lain untuk melengkapkan sajian.
Menurut Pengurus Besar, Yeow Hock Siew, Laksa Peranakan yang disediakan itu merupakan resepi asli dan berbeza di tempat lain malah hidangan tersebut di sediakan oleh chef berpengalaman.
“Kesemua menu Baba Nyonya terutama laksa peranakan yang ada disini kesemuanya menggunakan resepi asli turun temurun dan apabila anda makan di sini, sudah pasti akan datang lagi kerana keenakan makanan tradisi yang tidak dapat di tempat lain.
“Ramai pengunjung yang pernah datang kesini pasti datang semula samada untuk menginap atau menikmati juadah di kafe kami, selain itu kami terletak di kawasan strategik untuk anda berehat sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur” katanya.
Menu masakkan asli Nyoya ini dibawakan oleh Chef Malaysia tempatan Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef). Sehingga hari ini, Santa Grand Signature Kuala Lumpur mengekalkan kaedah memasak tradisional dan menggunakan bahan premium yang paling segar.
Selain itu para pengunjung boleh merasai suasana pemandangan Kuala Lumpur di hadapan kolam dan gim di hotel tersebut sehingga menampakkan KLCC dan Menara 118.
Menu promosi boleh didapati di ketiga-tiga restoran; Kopi Bar, Kapitan Café dan Sky Lounge dari 1* Ogos 2023 hingga 31% Disember 2023 menjanjikan untuk menggembirakan ahli masakan Baba Nyonya.