Kebakaran

Hotel bajet musnah dalam kebakaran

SEBUAH hotel bajet di Jalan Stesen di sini hangus terbakar awal pagi tadi, kurang 24 jam selepas tingkat atas bangunan kayu dua tingkat itu terbakar semalam.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata anggota bomba dari balai bomba Alor Star dan Jalan Raja dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.26 pagi.

Beliau berkata, hotel itu dijilat api ketika bomba tiba di tempat kejadian.

“Dengan bantuan enam pasukan bomba sukarela, kami berjaya memadamkan kebakaran kira-kira jam 3.58 pagi.

“Bangunan itu 90 peratus musnah dan hotel itu tidak berpenghuni semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, tingkat atas hotel itu terbakar pada 8.40 pagi semalam tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Terdapat dua kedai telekomunikasi dan sebuah kedai vape yang beroperasi di tingkat bawah hotel bajet itu. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button