Hormatilah institusi dalam UMNO
Perhimpunan Agung Khas UMNO
UMNO bakal mengadakan Perhimpunan Agung Khas yang dilaksana atas hasrat untuk meminda Perlembagaan parti. Bukan perkara yang saja-saja dibuat tapi dah diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu.
Cantiknya UMNO, ada organisasi, berinstitusi dan mempunyai Perlembagaan yang jelas. Kesatuan dalam kalangan ahli-ahli UMNO juga amat murni apabila keputusan dilakukan secara perbincangan. Dari mesyuarat peringkat Cawangan dibawa ke Bahagian dan diangkat dalam persidangan perwakilan ribuan Perhimpunan Agung UMNO.
UMNO adalah parti yang akur dengan perundangan dan menghormati suara kesepakatan. Perhimpunan Agung UMNO Khas adalah urusan rasmi mengikut RoS bagi meminda Perlembagaan untuk disesuaikan dengan keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2021 agar pemilihan dibuat selepas pilihan raya.
UMNO bukan parti sembarangan, mempunyai aturan dan peraturan, sebagaimana ditubuhkan atas hasrat demi agama, bangsa dan negara maka kemurnian cita-cita adalah manifestasi kelevanan parti biarpun telah 76 tahun usianya.
Sekarang ini, kita hormatilah institusi yang ada dalam UMNO malah peliharalah dengan kebersamaan untuk terus menyemarakkannya sebagai sebuah perjuangan berterusan. Parti kita ini adalah wadah dalam meneruskan kesinambungan perjuangan dari dulu, untuk hari ini dan demi masa hadapan.
Semoga apa yang kita rencanakan kan mendapat keberkatan Ilahi dan sama-samalah kita jayakan Perhimpunan Agung Khas UMNO esok.
TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Bendahari UMNO