Sukan

Hoki Kuala Lumpur jalin kerjasama erat dengan DBKL

PERSATUAN Hoki Kuala Lumpur (PHKL) jalin kerjasama erat dengan Dewan Badaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi beberapa pengisian aktiviti yang akan dilaksanakan.

Pengisian program bersama DBKL itu dilaporkan berada dalam proses akhir bagi mendokumentasikan perjanjian antara kedua-dua organisasi berkenaan.

PHKL dan DBKL dilihat optimis dalam kerjasama berkenaan dalam usaha memastikan Stadium Hoki Kuala Lumpur sebagai stadium rasmi mereka.

“Alhamdulillah ia berjalan lancar dan semuanya selesai dengan baik apabila pihak DBKL dan PHKL masing-masing telah mencapai persetujuan berkenaan beberapa isu yang berbangkit.

“Sehubungan itu, pihak PHKL ingin mengesahkan bahawa kami kini dalam proses akhir mendokumentasikan semua perjanjian

BACA > Atlet renang mula latihan — Suara Merdeka

“Selepas ini lebih banyak pengisian aktiviti dan program PHKL adalah bersama DBKL.

“Pihak PHKL optimis kerjasama dengan DBKL ini amatlah penting dan secara tidak langsung dapat memberi
manfaat kepada komuniti hoki di Kuala Lumpur.”

Kata Presiden PHKL, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin selepas mengadakan pertemuan dengan pihak DBKL hari ini.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah, Naib Presiden, Muhamad Faiz Mustafa serta wakil gabungan, Sukhjit Singh.

Dalam kenyataan sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Mohd. Nazam Harun dan Penolongnya, Noor Azman Mahlin.

“Diharap dengan penjelasan ini dapat menjelaskan segala tanda tanya yang timbul selain menghentikan isu ini daripada terus berpanjangan.

BACA > Azmeer tinggalkan Kedah FA — Suara Merdeka

“Harapan saya semoga sukan hoki berkembang maju di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Terdahulu, DBKL menegur PHKL susulan persatuan sukan itu gagal mematuhi syarat ditetapkan bagi lanjutan perjanjian yang dimeterai.

DBKL dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan, persatuan itu gagal menepati dua perkara selepas tempoh pengurusan PHKL dilanjutkan selama tiga tahun bermula 1 Mei lalu sehingga 30 April 2022.

Perkara tersebut meliputi melunaskan bayaran bon berjumlah RM34,000 dan mengemukakan polisi insurans kerja dan tangungan awam kepada DBKL.

Bagaimanapun PHKL tidak bersetuju dengan tawaran DBKL kerana terpaksa menanggung bebanan kewangan tinggi.

BACA > Bangun bakat sukan, kepimpinan belia melalui rentas kementerian — Suara Merdeka

Menurut Megat D. Shahriman, kos terpaksa ditanggung lebih tinggi berbanding tawaran peruntukan pengurusan sebanyak RM19,000 sebulan yang dibayar oleh DBKL. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button