Nasional

Hishammuddin dalam keadaan baik walaupun bergejala, jalani isolasi di hospital

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang disahkan positif COVID-19 semalam, kini menjalani isolasi wajib di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi tujuan rawatan dan pemantauan.

Perkara itu disahkan olehnya sendiri dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan tersebut, beliau memaklumkan bahawa dirinya berada dalam keadaan baik meskipun mengalami gejala.

“Bagi memastikan tahap kesihatan saya terus berada pada tahap memuaskan, saya dinasihatkan menjalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

“Saya menerima banyak mesej ucapan serta doa sejak semalam, dan memohon maaf tidak dapat membalas kesemuanya.

“Bagi pihak ahli keluarga, saya amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta mendoakan kesembuhan. Semoga dimakbulkan Allah SWT, amin ya rabbal alamin,” katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan disahkan oleh Pejabat Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin dilaporkan sudah menerima dos penggalak dan Hishammuddin akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM). -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button