JenayahNasional

Hina rakyat Sabah: FB Ciknon ditutup, polis buka siasatan

POLIS memaklumkan satu siasatan dilakukan ke atas akaun Facebook Page yang menggunakan nama Nor Shahada Aisyah apabila mengeluarkan kenyataan menghina rakyat Sabah.

Kertas siasatan dibuka selepas satu laporan polis dibuat oleh Persatuan Anak Sabah Selangor Malaysia (Passem) petang semalam.

Laporan itu dibuat susulan kenyataan Nor Shahada atau dikenali sebagai Ciknon yang menghina rakyat Sabah sebagai punca peningkatan Koronavirus (Covid-19).

“Kertas siasatan sudah dibuka dan kita akan memanggilnya untuk merakam keterangan.”

Demikian kata Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid kepada Harian Metro malam tadi.

Terdahulu, Ciknon dalam Facebooknya dipercayai mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan kepada rakyat Sabah dan menggunakan kata-kata kesat.

“Hello Sabah, ini ke ole-ole orang Sabah bahagi dekat orang Semenanjung. Bodoh punya Sabah menyusahkan Ciknon.

“Patutlah orang Sabah ini miskin, suka susahkan orang patut tak diambil peduli. Sudahlah miskin perempuan Sabah semua muka macam jamban rumah Ciknon.

“Patut pun korang kena beli produk Ciknon ini,” katanya berbaur penghinaan.

Susulan kenyataan yang disifatkan sebagai mengguris hati rakyat Sabah, Passem dalam satu kenyataan mengambil inisiatif membuat laporan polis di Balai Polis Klang.

“Hari ini kami akan membuat laporan di Balai Polis Klang di atas kebiadaban bahasa serta perkataan yang menghina di bawah Seksyen 233(1) (B) dan Akta Komunikasi adn Multimedia 1998 yang diketuai oleh setiausaha Passem serta beberapa ahli yang lain,” kenyataan Passem.

Bagaimanapun, tinjauan terkini Suara Merdeka mendapati, Facebook Page tersebut yang menyiarkan kenyataan menghina rakyat Sabah itu telahpun ditutup.

Ciknon sebelum ini pernah menimbulkan satu kontroversi sehingga videonya tular dalam media sosial akibat bergaduh dengan seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah.

Dalam video tersebut, dia dikatakan berada bersama adiknya bertekak dengan pengawal tersebut kerana tidak dibenarkan masuk.

Keadaan menjadi kecoh apabila Ciknon dipercayai turut menghina pengawal dan pusat beli-belah di Kuala Lumpur itu kerana tidak menyediakan penutup mulut dan hidung kepada pengunjung. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button