Hina polis, tentera: Asri Janggut dipanggil ke Bukit Aman
Akibat pulut santan binasa. Akibat mulut badan binasa. Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid akan dipanggi ke Bukit Aman dalam masa terdekat.
Ini berikutan kenyataannya yang dianggap menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam video yang tular di media sosial.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya akan Polis membuka dua kertas siasatan terhadap beliau.
Menurutnya, polis menerima dua laporan berhubung kenyataan Asri yang dianggap menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
“Kertas siasatan itu dibuka susulan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Travers dan Balai Polis Jalan Tun Razak, hari ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.
Mior berkata, Asri akan dipanggil untuk diambil keterangannya dalam minggu ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ.
Dalam satu klip video yang tular di media sosial, Mohd Asri atau dikenali sebagai Asri Janggut membuat kenyataan yang mendakwa petugas dua pasukan keselamatan itu tidak menunaikan solat serta merokok.-SM