Luar Negara

Hina Nabi Muhammad dalam lagu, penyanyi dihukum gantung

MENGHINA Nabi Muhammad merupakan satu kesalahan berat di Nigeria. Seorang lelaki beragama Islam dihukum gantung sampai mati oleh sebuah mahkamah syariah yang terletak di Hausawa Filin Hockey, sebuah negeri yang terletak di utara Nigeria.

Yahaya Sharif-Aminu, yang berusia 22 didakwa melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu dengan menyebarkan lagu mencerca Nabi Muhammad melalui WhatApps.

Ketika perbicaraan,Yahaya Sharif-Aminu tidak menafikan perbuatannya itu dan Hakim Khadi Aliyu Muhammad berkata, lelaki itu boleh merayu terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Penyanyi itu sebelum ditangkap terpaksa menyembunyikan diri selepas menghasilkan lagu tersebut dan menyebarkannya di WhatApps.

Masyarakat Islam Nigeria yang terguris dengan tindakan lelaki itu kemudiannya membakar rumah penyanyi tersebut.

Malah kumpulan pemprotes turut berkumpul di hadapan ibu pejabat polis Islam yang dikenali sebagai Hisbah dan menuntut tindakan diambil terhadap Yahaya Sharif-Aminu.

Lagu itu didakwa memuja-muja seorang iman dari mahzab Tjjaniya dan mengangkat darjat imam itu melebihi kedudukan Nabi Muhammad.

Hukuman mati terhadap Yahaya Sharif-Aminu disambut dengan penuh gembira oleh masyarakat Islam Nigeria. Hukuman itu boleh menjadi satu amaran kepada pihak yang menghina agama di negara itu.

Utara Nigeria didiami majoriti umat Islam dan mengunakan dua jenis undang-undang iaitu sekular dan syariah.

Undang-undang syariah tidak dikenakan terhadap bukan Islam. Sehingga kini hanya satu kes melibatkan hukuman bunuh sejak ia diperkenalkan pada tahun 1998.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button