Luar Negara

Hilang sokongan majoriti: Perdana Menteri Itali umum letak jawatan

PERDANA Menteri Itali, Giuseppe Conte mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa hari ini. Keputusan itu diambil dipercayai dalam usaha mendapat mandat bagi pembentukan pentadbiran baharu susulan pergolakan politik di negara itu.

Memetik laporan media antarabangsa, perkara itu yang disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Conte akan mengadakan mesyuarat Kabinet dan memberitahu barisan menterinya berhubung hasratnya untuk berkunjung ke Quirinale (Pejabat Sergio Mattarella) bagi menyampaikan hasrat peletakan jawatannya itu.

Itali dilanda pergolakan politik sejak beberapa minggu lalu terutamanya berhubung tindakan pemerintah menangani wabak Covid-19. –  SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button