Teknologi

HID Malaysia terima kunjungan dari Yang Mulia Tunku Tun Aminah

HID Malaysia mengalu-alukan kunjungan oleh Yang Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim
Ismail ke kilang mereka di Johor.

HID memperkasakan identiti yang dipercayai bagi masyarakat dan tempat di seluruh dunia. Jutaan orang dari lebih 100 negara menggunakan produk dan perkhidmatan HID untuk mengakses tempat fizikal dan digital setiap hari secara selamat.

Lebih daripada 2 bilion perkara yang perlu dikenal pasti, disahkan, dan dikesan dihubungkan dengan teknologi HID.

Pada 16 Julai 2024, ibu pejabat HID Global di Malaysia menganjurkan lawatan kilang ke kilang-kilangnya di Johor Bahru. Lawatan tersebut dihadiri oleh Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim Ismail dan telah membawa para hadirin untuk mengunjungi pusat penyelidikan dan pembuatan HID di Kulai, Johor. Lokasi strategik Johor menjadikan negeri tersebut destinasi pelaburan yang menarik dan didorongi oleh infrastruktur yang kukuh, persekitaran pro-bisnes, diversifikasi ekonomi, dan tenaga kerja yang terlatih.

Kilang HID Global yang meliputi kawasan 200,000 kaki persegi telah siap dibina pada tahun 2005. Dengan pelaburan tambahan hampir $10 juta USD sejak tahun 2021, HID telah menambah ruang pengeluaran, peralatan, jalan raya neutral karbon (panel solar), dan kemahiran. Kilang berautomasi tinggi ini mempunyai lebih 800 kakitangan dan lebih 600 mesin perakitan robotik serta Sistem MES yang canggih, sejajar dengan aspirasi Industri 4.0 kerajaan Malaysia.

Pelaburan dan komitmen HID di Johor telah memberikan hasil yang memberangsangkan, menyumbang kepada purata jualan eksport RM 300 – 400 juta setiap tahun.

HID menawarkan pelbagai produk kepada kerajaan, universiti, hospital, institusi kewangan dan syarikat-syarikat yang paling inovatif dunia — membantu mereka mencipta persekitaran fizikal dan digital yang boleh dipercayai agar mereka dan para pengguna dapat mencapai potensi mereka. HID menghasilkan penyampaian identiti warganegara yang selamat, personalisasi kad dan penyelesaian identiti bermula dari proses pendaftaran hingga penerbitan untuk kad pengenalan dan passport fizikal yang dikeluarkan oleh kerajaan
kepada lebih daripada 50 negara di seluruh dunia.

Ibu pejabat HID bertempat di Austin, Texas dan mempunyai lebih daripada 5,000 pekerja di seluruh dunia dan mengendalikan pejabat antarabangsa yang membantu operasi lebih 100 negara.

HID Global®️ merupakan jenama kumpulan ASSA ABLOY. Pelan pembangunan HID juga merangkumi pelaburan sebanyak jutaan dollar dalam tahuntahun mendatang menunjukkan keyakinan mereka terhadap potensi dan keupayaan Johor untuk menyokong perniagaan HID dan ASSA ABLOY.

HID Global bersemangat untuk memperluas kehadiran kami di rantau dinamik ini dan menyumbang kepada
pembangunannya serta mencapai pertumbuhan perniagaan yang mampan pada masa akan
datang.

“Saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di
atas kesudian Yang Amat Mulia untuk mengunjungi kilang kami. Kehadiran dan sokongan
Yang Amat Mulia sesungguhnya memberi inspirasi kepada kami semua. Kami amat
menghargai masa yang diluangkan untuk mengambil tahu mengenai operasi dan bertemu
dengan pekerja-pekerja kami.”

Kunjungan Yang Amat Mulia bukan sahaja meningkatkan semangat pekerja-pekerja kami
tetapi juga menegaskan kepentingan industri kami. Kami amat berbangga dengan minat dan
dorongan yang diberikan oleh Yang Amat Mulia.

Di HID, kami menyediakan solusi identiti yang dipercayai di seluruh dunia. Kami membolehkan masyarakat untuk melakukan transaksi dengan selamat, bekerja dengan produktif dan melancong secara bebas.

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan yang tidak ternilai ini.”

Artikle Berkaitan :>

Dalam tempoh 3 tahun ekosistem Teknologi Start up berjaya jana nilai RM220 bilion

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button