Hiburan

Hetty Sarlene timang cahaya mata selepas 16 jam menahan sakit

PELAKON dan penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene berkongsi berita gembira selepas menimang cahaya mata lelaki mata semalam.

Menurut Hetty, bayinya dilahirkan kira-kira pukul 3.52 petang semalam selepas 16 jam menahan sakit di bilik bersalin.

Namun, pelakon filem Sembilu itu menyatakan rasa puasnya apabila bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan yang normal dengan berat 3.2 kilogram.

“Kami ingin memperkenalkan bayi comel kami, Landon Alexander Oakes kepada anda semua.

“Segala kesakitan dan tak cukup tidur selama 16 jam di bilik bersalin berbaloi dengan kehadirannya,” katanya.

Hetty turut menunjukkan gambarnya sedang mendukung bayinya bersama suaminya,  Daniel Oakes atau nama, Dani Aaqil.

Sebelum ini, pelakon filem Sembilu Kasih ini mengumumkan kehamilannya pada Julai tahun lalu.

Ramai yang gembira dengan berita tersebut apatah lagi pasangan ini sudah menantikan kehadiran cahaya mata sejak empat tahun lalu.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asal, Daniel Oakes pada 23 Julai 2016.

Selepas hilang seketika dari radar seni, Hetty kembali memeriahkan industri hiburan apabila menyertai musim kelima program realiti, Gegar Vaganza (GV5) pada 2018.

Hetty yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza 5 itu mendirikan rumah tangga dengan Daniel Oakes yang berasal dari London pada bulan Julai 2016. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button