Agama

Hayati nilai teras identiti Muslim

KANGAR 29 Ogos – Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan agar umat Islam sentiasa menghayati nilai teras identiti Muslim dari sudut akidah, ibadah dan akhlak.

Antara identiti penting masyarakat Islam adalah sentiasa berkasih sayang dan belas kasihan tidak terhad kepada ahli keluarga atau kawan rapat.

Umat Islam diperintahkan untuk berbuat kebaikan kepada semua manusia, tanpa mengira bangsa, etnik, atau status sosial mereka.

Demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) titah Tuanku Pemangku Raja selepas berkenan berangkat dan berinteraksi bersama Imam Masjid Arrahma di Basel, Switzerland, Imam Ridha Ammari baru-baru ini.

Baginda diiringi sama oleh anakanda yang juga Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail dan Sascha Sandragesan dari Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di Basel.

Masjid Arrahma diasaskan pada tahun 1982, menjadi mercu tanda budaya dan keagamaan yang penting di Basel selain berfungsi sebagai simbol kehadiran dan identiti Muslim di bandar yang bersempadanan dengan Perancis dan Jernan ini mempunyai kilang-kilang farmasutikal ternama beroperasi seperti Novartis, Roche, Lonza, Bayer, BASF, Syngenta, Straumann dan Moderna.

Masjid ini juga menganjurkan pelbagai acara dan pameran kebudayaan, mempromosikan dialog dan persefahaman antara agama serta mempunyai jawatankuasa zakat yang mengutip dan mengagihkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Pada Majlis berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan menyampaikan Sumbangan Fi Sabilillah untuk Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan di Masjid berkenaan.

Titah Baginda lagi, Islam menekankan umatnya agar konsisten melaksanakan kebaikan, belas kasihan, dan pemurah terhadap orang lain.

“Semuanya adalah ibadah yang membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada individu mahupun masyarakat secara keseluruhan,” titah Tuanku Pemangku Raja.

(Foto : MAIPs)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button