AgamaNasional

Hati-hati pakej visa furada menjelang hari wukuf-TH

UMAT Islam diingatkan supaya lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej ditawarkan agensi pelancongan yang tidak dilesenkan Tabung Haji (TH) agar tidak tertipu setelah membuat bayaran.

Lembaga Tabung Haji (TH) berharap tiada lagi umat Islam di Malaysia yang  terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat terpedaya dengan pakej haji furada menjelang hari wukuf iaitu kemuncak kepada ibadat haji yang dijangka pada 27 Jun ini.

TH

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Syed Saleh Syed Abdul Rahman mengingatkan umat Islam supaya lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej ditawarkan agensi pelancongan yang tidak dilesenkan TH agar tidak tertipu setelah membuat bayaran.

“Setiap tahun ada sahaja laporan berkaitan bakal haji terkandas di KLIA disebabkan tiada tiket penerbangan dan visa untuk menunaikan haji.

“Seperti kita sedia maklum, tahun lepas jemaah yang terkandas membayar RM40,000 hingga RM80,000. Bagi tahun ini sudah tentu harga pastinya semakin naik kerana kos semakin tinggi,” katanya, hari ini.

Jelas beliau, permohonan visa haji selain kuota rasmi Malaysia adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Malaysia menerima kuota haji berjumlah 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1444 Hijrah ini.

Justeru Syed Saleh menasihatkan bakal haji yang mendapat visa berkenaan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) dilesenkan TH sahaja.

Beliau berkata, TH telah melantik 22 syarikat pelancongan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen untuk mengurus pemergian haji ke Tanah Suci.

Menurut beliau, individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan TH melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995. – SM

BACA Fakta yang anda perlu tahu elak ditipu tunaikan haji

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button