NasionalNegeriPolitik

Harus Wujudkan Jawatan TPM 1 & 2 Khusus Kepada Ahli Parlimen Dari Kepulauan Borneo

Bertepatan dengan tujuan asal penubuhan Malaysia 1963, kebersamaan tiga negara iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia harus dipandang dengan objektif yang lebih luas.

Hal ini demikian kerana tujuan kebersamaan itu adalah untuk memastikan negara-negara di kepulauan Borneo dapat menikmati pembangunan dan kemajuan setaraf dengan negara lain.

Dan kini, kebersamaan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah berusia 58 tahun pembentukannya apabila penyatuannya yang terjalin bermula pada tahun 1963 sehingga 2021.

Inilah masa yang tepat bagi sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9, harus wujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) 1 dan 2 khusus kepada Ahli Parlimen di kepulauan Borneo.

Semangat baharu serta formula baharu merencanakan status pembangunan dan kemajuan setaraf serta seimbang dalam konteks negara bangsa berintegtasi, muafakat dan harmoni.

Isu ini perlu diberi perhatian khusus dengan semangat kebersamaan cintakan negara sebagai bukti pengukuhan kejalinan muafakat dan kebersamaan sejak pembentukan Malaysia 1963.

Sabah dan Sarawak tidak harus ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan kemajuan luar bandar dari pelbagai aspek prasarana, pendidikan dan ultilitinya.

“Saya fikir dan berpendapat ini langkah terbaik kepada perubahan kemajuan berfikir generasi pewaris masa hadapan kepimpinan negara.

‘Hanya jauhari mengenali manikam’, begitulah perumpamaannya hanya rakyat Sabah Sarawak sahaja kenal dan faham kedudukan serta keperluan pembangunan luar bandar di Sarawak dan Sabah.

Perkara ini tidak boleh dilengahkan kebersamaan pemimpin-pemimpin di ketiga-tiga negeri ini ketika peluang menuju kearah kecemerlangan dan perubahan politik jajaran perpaduan.

BINA NEGARA BANGSA MAJU 2030

~ DSSB ~
18/8/2021
Putrajaya, Malaysia

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button