Nasional

Hari kedua Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia meriah

HARI ini merupakan hari kedua program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pelbagai aktiviti diatur hari ini dengan acara Quran Hour bermula pada pukul 10 pagi berdekatan dengan tapak pentas mini menghala ke Hall 5.

Acara sebelah pagi turut diadakan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir selain daripada acara penampilan mascot.

Sementara itu, aktiviti apakah yang berlaku di Tapak Sukan Rakyat? Ya, acara permainan tradisi teng teng dan untai gelang getah.

Kedua-dua acara ini akan berhenti pada kira-kira pukul 12 tengah hari nanti, sama seperti acara e-sports di Tapak e-sports.

E-sports championship, FIFA PS4 dan Mobile Legend-Bang Bang diadakan.

Berjalan merentasi dari hall ke hall, di hall 6, meriah dengan Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia.

Di situ juga berlangsungnya Pameran Kerjaya ATM.

Orang ramai turut dilihat berbaris panjang untuk memeriksa sama trafik yang diterima dengan dibantu oleh sekretariet untuk mengimbas kod.

SUARA MERDEKA akan membuat lintas langsung dari semasa ke semasa sepanjang program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia sehingga Ahad ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button