Nasionalpilihan

Hari Kebangsaan ke-64 disambut dengan penuh cabaran – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengharapkan semoga Hari Kebangsaan ke-64 yang disambut oleh setiap rakyat pada tahun ini akan benar-benar lahir dari rasa cinta yang mendalam terhadap negara. Setelah baru-baru ini kita melalui pelbagai pengalaman yang berbeza terutama di sudut pentadbiran negara, maka diharapkan akan lebih matang dan masak dalam menguruskan negara ini dan melangkah ke arah kecemerlangan masa hadapan. Perlu kita sedar, walau apapun krisis yang berlaku, pastikan asas kenegaraan, perlembagaan dan identiti negara akan terus dipertahankan oleh setiap warga pertiwi ini, di setiap peringkat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut hebahan media yang disiarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas baginda berkenan menyaksikan “Forum Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-64” bertajuk ‘Malaysia Prihatin’ pada malam semalam.

Forum melalui dalam talian anjuran MAIPs dengan kerjasama agensi-agensi agama Islam Negeri yang lain terdiri daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri serta Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis berkenaan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Rizal Azizan selaku moderator dan menampilkan barisan panel berwibawa terdiri daripada Datuk Badlishah Alauddin, Datuk Haji Kamarudin Abdullah dan Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Raja Muda turut mengingatkan seluruh rakyat bahawa bendera ‘Jalur Gemilang’ adalah lambang kedaulatan, kemegahan, kekuatan dan kemerdekaan negara. Justeru, bersempena dengan sambutan bulan kebangsaan pada kali ini, marilah kita semua bersama-sama terus mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ seperti sebelum-sebelum ini di rumah, di bangunan-bangunan pejabat dan gedung perniagaan serta di kenderaan masing-masing. Inilah salah satu cara kecil untuk kita lahir dan pamerkan tanda cinta kita kepada negara Malaysia tercinta.

Related Articles
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button