Nasional

Harga maksimum ayam, telur dilanjutkan

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberi jaminan penetapan harga maksimum ayam dan telur akan dilanjutkan sehingga akhir bulan ini.

Penentuan harga maksimum ayam dan telur yang berkuat kuasa sejak 5 Februari lalu dijadualkan berakhir Ahad ini.

Nanta berkata, Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pemberian bantuan kepada golongan sasar berpendapatan rendah apabila harga maksimum tidak lagi berkuat kuasa selepas akhir bulan ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button