NasionalPolitik

Harapan mengamalkan autokrasi, bukan demokrasi – Muhyiddin

KERAJAAN Perpaduan yang turut disertai PH ketika ini mengamalkan sistem autokrasi dan bukannya demokrasi, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, perkara itu sudah kelihatan dari awal sejak mereka membentuk kerajaan.

Muhyiddin Yassin berkata, PN sebaliknya memang tidak bercakap mengenai demokrasi dengan berlebihan seperti PH tetapi dari segi pelaksanaan ternyata  lebih demokratik.

“Kita tak bercakap berdegar-degar tentang demokrasi, tetapi kita amalkan demokrasi.

“Mereka (PH) bercakap berdegar-degar tentang demokrasi, tetapi mengamalkan autokrasi,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Wakil-wakil Rakyat PN di Kuala Lumpur, hari ini.

Konvensyen itu disertai 220 wakil rakyat PN sama ada ahli parlimen atau Adun di seluruh negara.

Turut hadir pemimpin kanan parti komponen PN termasuk Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang datang berkerusi roda. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button