Politik

Hanya yang berpihak pemimpin tertentu dikena tindakan – Zuraida

NAIB Presiden PKR menyifatkan tindakan memilih bulu sebagai reformasi yang akan merebahkan parti.

Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan mempersoalkan anggota lain yang turut didakwa melanggar undang-undang seperti kes pergaduhan dan rasuah ketika pemilihan, tidak pula dikenakan tindakan disiplin.

“Jika benar ada saranan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk parti politik mengambil tindakan terhadap anggota yang masih tak dibuktikan bersalah di mahkamah, maka parti wajib juga mengambil tindakan terhadap anggota yang jelas melanggar undang-undang negara.

“Ia seperti kes pukul, samseng, meminta rasuah semasa pemilihan parti dan beberapa kes lagi yang sememangnya diketahui umum,” katanya dalam kenyataan.

Zuraida turut mengecam tindakan itu dan menggesa reformasi kepimpinan dilakukan segera terhadap parti itu.

“Pemecatan itu hanya mendatangkan tanda tanya apakah ia dilakukan dengan memilih bulu?

Memandangkan hanya individu tertentu yang dilihat berpihak kepada pimpinan tertentu saja diambil tindakan.

“Saya mengecam tindakan pilih bulu yang dilakukan parti dan menggesa reformasi kepimpinan dilakukan segera, jika parti ini ingin diselamatkan,” katanya.

Beliau mengulas  Zakaria Abd Hamid yang dipecat keahlian berikutan siasatan SPRM susulan laporan yang difailkan oleh penyelaras Pemuda PKR (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razak pada September tahun lepas.

Beliau yang juga ketua PKR cabang Bera, dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 dalam satu pertemuan dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept, ketika beliau bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button