Berita

Raja Puan Muda Perlis sertai Perlis Unicorn Fun Run

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat mengambil bahagian di dalam ‘Perlis Unicorn Fun Run 2019’ sejauh 5km pada pagi semalam.

Berangkat sama mengambil bahagian ialah anakanda sulung, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Ibmi Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Larian dianjurkan oleh JomRun Sdn Bhd tersebut bermula dan berakhir di pekarangan Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Kangar dan disertai oleh seramai 3,000 peserta yang datang dari seluruh negara.

Pelepasan larian bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia khususnya Perlis serta mengeratkan hubungan serta meluaskan jaringan komuniti dengan gaya hidup sihat bersama keluarga dan rakan-rakan pada kali ini dilaksanakan oleh Pengurus Besar (Wilayah Utara) JomRun Sdn Bhd, Muhammad Fuad Hj Rosli.


Siri terakhir larian berkenaan dijadualkan akan diadakan di Dataran Putrajaya pada bulan Mac 2020 yang mana pihak penganjur menyasarkan seramai 100,000 penyertaan pada ‘Unicorn Fun Run Grand Finale’ kelak.

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button