Nasional

Hanya sifar kes 28 hari baru Malaysia diisytihar bebas Covid-19

Kerajaan hanya akan mengisytiharkan Malaysia bebas daripada virus Covid-19 jika tiada jangkitan tempatan selama 28 hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tempoh 28 hari diperlukan untuk pemantauan bagi kluster Covid-19 yang aktif di negara ini.

“Kalau kita lihat, kita dapat menamatkan 1 kluster dengan memakan masa 28 hari. Dengan mengambil kira tempoh ikubasi jangkitan Covid selama 2 kali, iaitu 28 hari.

“Justeru, sekiranya kita menggunakan kaedah pemantauan sama dan tiada kes dalam tempoh 28 hari, kita akan mengumumkan bebas Covid-19. “Itulah penanda aras kita,” kata Dr. Noor Hisham pada sidang hari ini.

14 hari adalah tempoh inkubasi untuk individu yang dijangkiti Covid-19 dan ujian akan dibuat selama 2 kali sebelum mereka diumum tidak lagi dijangkiti wabak itu.

Setakat ini, terdapat 28 kluster Covid-19 yang aktif di Malaysia. Antaranya adalah kluster Pedas di Negeri Sembilan, Kg Sungai Lui di Hulu Langat, Selangor dan syarikat pembersihan di Kuala Lumpur.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button