Nasional

Hanya satu panggilan telefon, RM120,000 lesap

HANYA kerana satu panggilan telefon, seeorang jurujual kenderaan berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM120,000 lesap.
Ini kerana dia terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon itu.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 27 tahun itu pada mulanya telah menerima panggilan daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 27 Jun lepas.

 

Katanya, mangsa diberitahu akan ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan “cuci wang haram” selain kad bank milik mangsa juga telah digunakan oleh seseorang yang terbabit dengan kes jenayah.

“Suspek kemudiannya telah mengarahkan mangsa memuat turun aplikasi yang diberikan serta mengisi semua maklumat perbankan, malah lelaki itu juga telah diarahkan untuk membuat transaksi ke akaun yang diberikan kononnya untuk siasatan lanjut.
“Akibat takut dan percaya dengan taktik itu mangsa telah melakukan transaksi tersebut sehingga mengalami kerugian berjumlah RM120,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kata Noor Hisam,  mangsa yang berasa ditipu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button