Nasional

Hanya golongan ultra kiasu perbesar soalan peperiksaan berkaitan Zakir Naik

HANYA kumpulan ultra kiasu yang akan memperbesarkan soalan peperiksaan universiti yang menggambarkan pendakwah kontroversial Zakir Naik sebagai ‘ikon dalam dunia Islam.

Pendakwah bebas Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang juga pensyarah berkata, tidak ada sebarang kesalahan terhadap soalan yang terkandung dalam kertas Peperiksaan Kursus Hubungan Etnik (UUW 235) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Soalan kertas peperiksaan itu berbunyi, “Zakir Naik merupakan salah satu ikon dalam dunia Islam, beliau banyak berjasa dalam menyebarkan Islam yang sebenar dan mengikuti al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Beliau mampu berhujah dan manjawab setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya dengan baik. Namun begitu di Malaysia, beliau tidak lagi dibenarkan untuk menyampaikan dakwah. Pada pendapat anda sebagai rakyat Malaysia, mengapakah hal ini boleh berlaku?”

Sementara pilihan jawapan yang disediakan ialah 1)Rakyat Malaysia yang malas mengambil tahu, 2)Rakyat Malaysia yang mudah terancam tanpa usul periksa, 3)Rakyat yang bersifat menuruti sahaja tanpa usul periksa, 4)Rakyat Malaysia yang bodoh tentang agama masing-masing.

Menurut Ridhuan Tee, nama Zakir Naik telah menjadi perbincangan hangat dalam dunia akademik dan khalayak justeru nama pendakwah Islam yang terkenal  itu juga mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan ultra kiasu.

Berikut pandangan penuh Mohd. Ridhuan Tee:

Kerana soalan objekitf berkaitan Zakir Naik, riuh satu dunia seolah-olah tak benda lain yang lebih penting? Persoalannya, salahkah?

Semua mahu lepas tangan bila berhadapan masalah. Nak jaga jawatan. Sepatutnya kita pertahankan apa yang betul, apa yang salah. Lebih lebih lagi apabila melibatkan staf atau kakitangan sendiri.

Bila isu soalan subjek Hubungan Etnik di salah sebuah Universiti Awam menjadi viral dan kontroversi, ada menyentuh nama Zakir Naik, semua jadi kelam kabut. Kenapa takut sangat? Teliti dulu kualiti soalan tersebut. Tahap aras tinggi ker atau tidak

Selaku pensyarah mengajar subjek yang sama, saya tidak nampak ada masalah dgn soalan tersebut. Malah saya boleh kredit kpd pensyarah yang menyediakan soalan tersebut.

Cuba bawa pelajar berfikir di luar kotak. Bukan ambil sebiji sebiji drpd buku teks.

Mengambil contoh atau memasukkan nama Zakir Naik tidak salah, kerana ada kaitan rapat dengan hubungan etnik, walaupun tidak ada buku teks.

Nama Zakir Naik, telah menjadi perbincangan hangat dalam dunia akademik dan khalayak. Tidak kurang mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan ultra kiasu.

Jika begitu keadaannya, adakah salah guna nama Zakir Naik dalam soalan peperiksaan? Jawapan mudah, tidak salah.

Bagaimana dengan komunis? Lagi kejam, sangat bahaya, adakah soalan pasal komunis tidak boleh dijadikan soalan esei atau MCQ?

Antara Zakir Naik dengan komunis mana lebih bahaya? Sudah tentu komunis. Sebab itu, pada saya, soalan tentang Zakir Naik adalah isu tersangat kecil.

Hanya ultra kiasu yang perbesar besarkan. Bila ultra kiasu bangkitkan, kita pun kecut perut. Akhirnya, yang salah kita, yang benar ultra kiasu. Apa benda semua ini?

Takut sungguh kita kepada ultra kiasu. Paling hina, selepas ini soalan peperiksaan perlu disemak oleh pengurusan tertinggi yang bukan bidang. Akhirnya, kerja pensyarah menjadi caca merba.

Katakanlah selepas ini, bila muncul soalan komunis, puak puak ultra kiasu akan pakat pakat menentang. Lepas itu, semua pakat pakat lepas tangan. Kita salah staf kita atau pensyarah kita. Sedih teramat sangat.

Kepada pihak terlibat yang mencetuskan kontroversi ini belajarlah. Rujuklah garis panduan dan tata cara menyediakan soalan MCQ atau soalan objektif atau soalan esei. Lepas itu, baru jatuhkan hukuman. Kasihan pensyarah terbabit, dia yang salah, ultra kiasu yang betul.

Betul kata Mufti Perlis, pergeseran dan kebiadaban antara kaum akan berterusan selagi wujudnya “sekolah vernakular yang tidak berbahasa kebangsaan” di negara ini. Ultra kiasu ini tidak pernah faham hidup bernegara berpaksikan sejarah dan perlembagaan.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button