Nasional

Hanya 16 orang pekerja bukan warganegara di pasar borong hingga hujung tahun ini

HANYA 16 orang pekerja bukan warganegara yang mempunyai permit kerja sah dan masih bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, kebenaran bekerja itu juga terhad sehingga hujung tahun ini.

“Kesemua pekerja bukan warganegara itu mempunyai permit kerja yang sah dan DBKL juga telah mengeluarkan surat kebenaran untuk mereka bekerja sehingga 31 Disember depan,” katanya.

Suara Merdeka menerusi tinjauan dan maklumat yang diterima melaporkan bahawa masih terdapat pekerja asing yang bekerja di pasar borong berkenaan secara haram.

Kehadiran warga asing itu dimaklumkan bermula sekitar pukul 8 malam dan 4 pagi untuk bekerja di pasar berkenaan.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menegaskan pihaknya tetap tidak akan membenarkan warga asing bekerja di pasar borong tersebut.

“Saya terima surat rayuan Pemborong mahu ambil pekerja asing untuk berkerja sebagai pembantu di Pasar Borong Selayang. Jawapan saya tetap.

“Saya tidak benarkan warga asing berkerja di situ (Pasar Borong Selayang). Ambil warga tempatan berkerja, usah cuba buat rayuan lagi. Ini dasar,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button