Nasional

Zahid sedia jadi saksi Jawantakuasa PAC

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi bersedia menjadi saksi apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pembekalan enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

“Ingin diperjelaskan bahawa LCS dibina oleh anak syarikat Boustead Holdings Bhd, iaitu Boustead Naval Shipyard (BNS) yang mana pemegang saham terbesarnya adalah LTAT menerusi Boustead Holdings Berhad.

“Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC mengenai apa-apa maklumat mengenainya,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC.

“Saya sepenuh hati menyokong pendedahan PAC, dan semoga ketelusan siasatannya diketahui umum,” kata Zahid.

(Visited 516 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button