MahkamahNasionalNegeri

Hantar gambar lucah di Telegram: Penganggur didenda RM8,000 atau penjara

SEORANG penganggur didenda RM8,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas kesalahan menghantar komunikasi lucah melalui aplikasi Telegram, dua tahun lalu.

Hakim Nazlyza Mohamad membuat keputusa itu terhadap Ahmad Fais Ibrahim, 34, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Fais didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar lucah, dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan perkhidmatan aplikasi Telegram.

Perbuatan tersebut telah dilihat pada 3.54 petang, 23 Feb 2021, di Kampung Baru Seberang Takir di Kuala Nerus.

Berikutan itu, dia telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Hukuman bagi kesalahan itu adalah denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala Ahmad Fais diwakili peguam Abdul Hayyi Salim. – SUMBER FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button