Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh enggan mengulas kontroversi berhubung keputusan kerajaan Selangor terhadap firma milik suaminya untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam di negeri itu.
Pelbagai pihak telah mengkritik keputusannya dengan mendakwa kemungkinan ada konflik kepentingan dalam pemilihan Asia Mobility Technologies Sdn. Bhd. (Asia Mobiliti), yang diketuai oleh suami Hannah, M Ramachandran, sebagai salah satu daripada dua firma untuk projek tersebut.
“Tidak, kerana itu tiada kaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan, dan ini adalah acara Kementerian Belia dan Sukan,” kata Hannah kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu itu hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Akaun Satelit Sukan 2022, sistem perakaunan yang menyediakan maklumat terperinci mengenai industri sukan dan mengukur sumbangannya kepada ekonomi negara. – SM